Selasa, 14 Februari 2017

DIARI 2017 PART 6: KUDAP-KUDAP ATKINS

Assalamualaikum...

Hari ni kita cerita pasal kudap-kudap la pulak... sebab apa? sebab pagi-pagi tadi masa nak datang keja perut aku punya la dok nyanyi lagu keroncong... lapaqnya... yang ada dalam keta ayaq masak ja... tak boleh jadi ni... aku pun singgah la shell sambil isi minyak sambil beli makanan... hahahha...

Bagi pengamal diet atkins ni rasa-rasa apa yang kita boleh beli untuk isi perut?? yang penting kenyang... haaa mai sini aku nak share.... bila kita dah masuk fasa 2 kita dah boleh makan kekacang... jom kita cari kacang yang sesuai... maksudnya jumlah karbohidrat rendah la kan...


Aku kenalkan KACANG GAJUS (MADU).. Brand Kangaroo.. Ada cop HALAL (penting).. harga aku beli kat Shell RM3.50..


Cuba tengok Nutrition Facts dia... Total Carbohydrate untuk 1 pek (30g) hanya 1.74g saja.... memang rendah sangat... sesuai untuk pengamal diet Atkins.. Makan kacang ni 1 pek dengan air masak kenyang tau... kalau tak percaya cuba tengok...

Bila dah sampai opis aku teringat aku ada beli yogurt dulu... tinggal sikit je... takut expired pulak... terus pi ambik kat pentri nak makan... Yogurt pun boleh makan untuk pengamal diet atkins bila dah masuk fasa 2... tapi kena yang asli tau... bukan yang ada perisa-perisa tu...


Yogurt Asli... Brand Nestle.. of course ada cop HALAL... harga tak silap aku RM6++ untuk 1 bekas (470g)


Tengok Nutrition facts untuk yogurt asli pulak.. Kandungan karbohidrat untuk 100g yogurt 6.7g sahaja... memang sesuai untuk diet atkins... actually aku pernah jumpa yogurt asli yang lagi rendah kandungan karbohidrat dia... tapi takde gambar la pulak... next time kalau aku beli lagi aku upkan entri kat sini... berapa banyak 100g yogurt tu?? aku pun tak pernah timbang... hahahahah... tapi aku selalu ambik dalam 3 ausu besar je sekali makan... rasa yogurt asli ni memang la tak boleh telan bagi yang tak biasa... rasa dia masam ja... takdak perasa lain... jadi nak bagi ada rasa korang tambah la buah-buahan berry macam strawberry dan blueberry dalam tu... kenapa buah berry je?? sebab diet atkins fasa 2 hanya boleh ambil buah berry ja... jadi jangan banyak soal... ikut ja na.. heheheh


Tapi hampa tengok apa aku taruk dalam yogurt tu... ni baki-baki kacang gajus tadi aku beli tak habis makan lagi... aku patah kecik-kecik taboq dalam tu.... rasa boleh tahan la... bila masuk mulut rasa masam... bila kunyah rasa lemak-lemak daripada kacang tu... boleh la nak telan...

Berapa jumlah karbohidrat aku dah ambik pagi ni??

andaikan aku makan:
yogurt asli 100g + 1 pek (30g) kacang badam
6.7g + 1.74g = 8.44g

Untuk fasa 2 pengambilan karbohidrat maksimum adalah 45g
Jadi ada baki lagi 36.56g.. banyak lagi boleh makan tu..

Senang kan Diet Atkins ni... makan la apa kita nak makan... janji makan ikut portion yang betul..

JOM DIET..

Isnin, 13 Februari 2017

DIARI 2017 PART 5: BYE BYE SIZE L


Assalamualaikum... ni gambar apa pulak atas ni ye?? takde seni langsung ambik gambar... hahahha... itulah baju kurung cotton yang aku let go pada staff aku.... baju tu lawa-lawa lagi... sayang... daripada simpan je dalam kotak aku pun decide kasi je la kat orang yang sesuai... rezeki staff aku la...

kenapa aku murah hati kasi baju kat orang ni?? sebab aku dah tak muat la nak pakai... bukan tak muat sebab kecik... tapi sebab besarrrr... heheheh... dulu-dulu iaitu sebelum start diet atkins aku pakai baju saiz L... ikutkan aku boleh je sarung baju saiz M tapi tak cover perut la... perut nampak haaaa macam ngandung 3 bulan... hahahah... sebab tu ambik size L... lepas diet atkins ni perut pun dah tak buncit jadi aku pakai baju size M la... kiranya aku kalau nak beli baju sekarang boleh ambik saiz S-M la...

Untuk yang ada masalah perut buncit tu sebenarnya takde jalan mudah nak kempis kan dia... 2 cara je... jaga pemakanan dan senaman... kalau dari pembacaan aku diet yang berkesan 80% pemakanan 20% senaman... jadi macam mana pun kena jaga makan...

jadi apa lagi... JOM DIET...

Ahad, 12 Februari 2017

DIARI 2017 PART 4: KELAS MEMANAH UNTUK ANAK_ANAK

Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita aktiviti hujung minggu yang lepas... kalau nak tanya aku apa aktiviti macam biasa la masak, basuh baju, kemas rumah... tu ja la... tak menarik kan.. hahahah... nak buat macam mana.. itu la rutin mak-mak.. tapi aku nak cerita pasal aktiviti anak-anak aku... PASTI anak ke-2 aku ada buat kelas memanah mula bulan Februari ni... kelas tu 2 kali sebulan.. yuran RM35/pax... ok la kan... anak sulung aku beria nak masuk kelas memanah tu... takkan nak hantar kakak je kan... kena la hantar adik sekali... takpe la... mak keje untuk sapa lagi kan... untuk anak-anak jugak... huhuhu... untung budak-budak sekarang... ada kelas itu, kelas ini boleh join... aku dulu yang tau main guli, main polis sentri... tu ja la... hahahahha

ok jom cerita pasal belajar memanah... apa kelebihan dia sebenarnya?? hasil google aku dapat la info ni dari salah satu blog ni... Blog Detik Islam...

copy & paste
Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.

Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

haaa.... macam tu la keterangannya.... aku pun baru belajar ni... harap anak-anak aku dapat la manfaatkan kelas memanah ni dalam kehidupan seharian... jom layan beberapa gambar yang aku sempat amik masa latihan diaorang...

duduk dalam posisi yang betul

 tarik busur sekuat hati

lepasssssss

Khamis, 9 Februari 2017

DIARI 2017 PART 3: DRAMA oh DRAMA

Assalamualaikum...

jenuh la nak cari mood menulis hari ni... pagi-pagi tadi masuk meeting... drag sampai waktu rehat... hari ni kan hari Jumaat... rehat awal kul 12.15 tengah hari.. tapi meeting pukul 1 petang baru habis... redhooo ja la... kita ni kuli... kena la ikut arahan... dalam meeting tu MasyaAllah perut buat lagu dangdut pulakkk... sebelum meeting makan sekeping je roti... (kata diet atkins.. tapi macam mana boleh makan roti?? jawapan dia aku dah masuk fasa 3... dah boleh makan semuanya... tapi ada sukatan la jugak...sapa kata diet atkins tak boleh makan semua.. fasa 1&2 je yang ada sekatan..)... Habis je meeting terus ajak member lunch... makan kat cafe student... murah sikit... hahahahah

dah selesai mengisi perut konon nak balik opis la... tapi sembang-sembang dengan member "eh lama dah kita tak pegi library kan"... haaa nampak tak aku dulu kaki library... hahahha... tapi jangan terpedaya... pinjam je buku tapi tak baca... hahahahah... pinjam pun bukan buku ilmiah... buku novel jugak la pilihan hati... kira ilmiah la jugak kan untuk set mak mak ni... kikikiki... kami pun tengok jam... oooo lama lagi rehat... jom la singgah library jap....

masuk library terus terjah bahagian novel... takdak tempat lain dah nak terjah... aku screen semua novel cari novel baru-baru yakni tahun 2016 punya pembelian... cari punya cari jumpa la 2 buah buku cerita... aku pun grab... ambik 2 buah ja la... tu pun tak tau bila nak habis baca... untung-untung tak baca langsung... hahahah...

Dari tadi cerita pasai buku.. tapi tajuk dia pasai drama.. apa kena mengena ni??


Ni ha sebab dia.... sebab dua-dua buku tu dah ada adaptasi drama dahh... hahahah... Suri Hati Mr. Pilot tu tak payah cerita panjang la... rasanya ramai yang deman #lofatah kot... walaupun drama dah tengok tapi sebenarnya syok lagi baca buku... sebab lagi detail... lagi kuat berangan nanti... hahahahha... Cinta Tanpa Syarat Pulak aku tak tengok pun drama dia... tapi tahu la buku tu dah diadaptasi jadi drama... so kita layan novel ja la kan... agak-agak nak kena review tak novel-novel ni?? hmmmm tengok la nanti kalau rajin... (sebenarnya takut tak baca... hahahah)


Eh eh apa motif gambar ni??? sebenarnya nak cakap staff library tu pandai dan rajin deco-deco ni... siap ada photobooth ni ha... eh ye ke photobooth... hahahah... belasah la... pantang jumpa tempat lawa sikit mula nak posing... oklah jumpa lagi next entri... aku akhiri tulisan hari ni dengan ungkapan MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU... aceewahhhh...

Rabu, 8 Februari 2017

DIARI 2017 PART 2: DIET ATKINS PILIHAN HATI

Assalamualaikum..

berjumpa lagi kita... entri sebelum ni aku janji nak cakap pasal diet jenis mana yang aku ikut kan... haaa ni nak cerita... tapi tak jadi surprise dah la sebab dah tulis kat tajuk tu haa.. heheheh... oklah straight to the point... pasai pa aku pilih diet atkins ni untuk mencapai azam turunkan berat badan aku tahun ni... ada beberapa sebab... antaranya aku terpengaruh dengan adik ipaq aku... hahahah... dulu dia berisi dari aku... aku ni kategori sedang-sedang la... tapi la ni dia lagi nampak slim dari aku wehhh... tergugat kakak ni haaa... adik ipaq aku ni dulu 90kg++ boleh turun sampai 60kg++ dengan diet atkins tau... sekarang ni dia siap jadi tenaga pengajar lagi untuk sapa-sapa yang nak try diet atkins... tapi dia buat melalui online la... la ni kan senang ja... semua di hujung jari.. lagi membanggakan adik ipaq aku ni siap masuk rancangan tv haa... cerita pasal diet ni la... so dipendekkan cerita aku dah ada sumber rujukan yang mudah dan boleh dipercayai untuk mulakan diet ni... kita nak start diet ni kena ada ilmu gak... jangan pandai-pandai sendiri ja tak study dulu.. nanti kalau tak menjadi diet kita frust pulak kan..

yang kedua kenapa aku pilih diet atkins.. sebab bila study-study aku rasa diet ni mudah untuk aku ikut... diet ni gunakan kiraan KARBOHIDRAT yang boleh diambil oleh badan.. kalau kira karbohidrat ni mudah sikit bagi aku... kalau kita beli barang makanan yang dipek kita boleh tengok kandungan karbohidrat di bahagian nutrisi.. contohnya untuk fasa pertama kita hanya boleh ambil 20g karbohidrat.. rasa-rasa nak minum air teh masa fasa pertama ni  aku cadangkan teh hijau sebab rendah karbohidrat.. tengok gambar di bawah


Kandungan karbohidrat untuk teh hijau ni hanya 0.6g.. boleh sangat nak minum... dengan syarat jangan campur gula... kenapa tak boleh campur gula?? cuba tengok kandungan karbohidrat dekat plastik gula pulak... tinggi ka rendah?? jadi nak diet atkins ni kena la bijak pilih makanan ye...

kalau nak cerita pasal diet atkins ni confirm seminggu tak habis... hahahah... jadi hampa boleh la rujuk dekat blog Tak Nak Gemuk ni.. kalau nak paham pasai diet atkins kena baca keseluruhan blog tu... tapi sebenaqnya aku pun baca celup-celup ja... hahahha... sebab macam aku cakap sebelum ni aku kan ada sumber rujukan yang terdekat iaitu adik ipaq aku... jadi nak tanya apa-apa senang whatsapp ja... hahahah... senang hidup... 

oklah aku letak la sikit info pasai diet atkins ni... tu pun aku copy paste gambaq dalam internet... heheheh... kalau hampa minat nak try diet ni rajin-rajin la google info pasai ni... belambak dekat internet.. nak dengan taknak ja.... so apa lagi... JOMMM KURUSSS...



Selasa, 7 Februari 2017

DIARI 2017 PART 1: AZAM TAHUN BARU

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak kelebek blog ni... Rasa nak rebranding balik la blog ni... Dulu-dulu konon rasa nak meniaga ikut blog ni... Tapi takdan la nak buat... Jadi ingat nak tukaq blog ni jadi tempat menulis di kala rajin ja la... aceewahh... bila masa nak rajin tak tau...

Merujuk kepada perkara di atas... haaaa keluaq ayat skema... hahahah... aku rasa lambat dah nak wish... tapi wish ja la.. bukan kena bayaq pun kan... hahahha... aku nak wish HAPPY NEW YEAR 2017 kepada semua kawan-kawan... actually tak tau la ada ka orang baca blog aku ni... hahahhaha...


Masuk tahun baru ni aku pun macam orang lain... nak jugak ada azam... walaupun rasa tak pernah azam tercapai... hahahahha... jadi tahun ni aku berazam nakkkk TURUNKAN BERAT BADAN... ha dalam erti kata lain nak DIET la kan... 

DIET ni nak habaq kat hampa kita tak boleh heboh-heboh kat orang kata kita nak diet.. kita buat diam-diam ja... sebab apa??? sebab orang kalau kata nak diet selalu hangat-hangat taik ayam ja... daripada hampa rasa down kot-kot satgi ada yang pandang sinis baik kita buat senyap-senyap... biaq nanti orang nampak sendiri perbezaan diri kita.. then masa tu baru depa percaya dan mula la nak korek tips diet... hahahahha... masa tu layan ja la... sebab apa??? sebab kembang semangkuk weh bila orang tegoq kuruih... hahahah... 

Diet ni ada pelbagai... nak tau aku ikut diet yang mana?? tunggu nak next entri pulak... heheheheh

Daaaaaa.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...