Ahad, 12 Februari 2017

DIARI 2017 PART 4: KELAS MEMANAH UNTUK ANAK_ANAK

Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita aktiviti hujung minggu yang lepas... kalau nak tanya aku apa aktiviti macam biasa la masak, basuh baju, kemas rumah... tu ja la... tak menarik kan.. hahahah... nak buat macam mana.. itu la rutin mak-mak.. tapi aku nak cerita pasal aktiviti anak-anak aku... PASTI anak ke-2 aku ada buat kelas memanah mula bulan Februari ni... kelas tu 2 kali sebulan.. yuran RM35/pax... ok la kan... anak sulung aku beria nak masuk kelas memanah tu... takkan nak hantar kakak je kan... kena la hantar adik sekali... takpe la... mak keje untuk sapa lagi kan... untuk anak-anak jugak... huhuhu... untung budak-budak sekarang... ada kelas itu, kelas ini boleh join... aku dulu yang tau main guli, main polis sentri... tu ja la... hahahahha

ok jom cerita pasal belajar memanah... apa kelebihan dia sebenarnya?? hasil google aku dapat la info ni dari salah satu blog ni... Blog Detik Islam...

copy & paste
Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.

Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

haaa.... macam tu la keterangannya.... aku pun baru belajar ni... harap anak-anak aku dapat la manfaatkan kelas memanah ni dalam kehidupan seharian... jom layan beberapa gambar yang aku sempat amik masa latihan diaorang...

duduk dalam posisi yang betul

 tarik busur sekuat hati

lepasssssss

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...